Yuan China Semakin Murah, Apakah Sejarah Baru Akan Tercipta?

Yuan China Semakin Murah, Apakah Sejarah Baru Akan Tercipta?

Yuan China kini menunju $7.00 per dollar dan para pelabur menjangkakan pihak berkuasa China akan terus membiarkan nilai matawang mereka jatuh sehingga

Yuan China kini menunju $7.00 per dollar dan para pelabur menjangkakan pihak berkuasa China akan terus membiarkan nilai matawang mereka jatuh sehingga mencatat rekod sejarah terendah yang baru.

CNY telah susut lebih 10 peratus berbanding dollar sejak bulan Mac yang lalu, selepas serangan tariff AS ke atas produk China diumumkan.

Kelemahan Yuan telah mendorong peningkatan USD/CNY selama 7 bulan berturut-turut, naik daripada $6.2753 pada bulan Mac ke paras 6.9630 setakat jam 6.50 petang, 30 Oktober.

Walaupun bank pusat China (PBOC) tidak melakukan campur tangan secara langsung untuk menghalang penyusutan nilai yuan, namun mereka tetap memberi isyarat tidak akan membiarkan turun naik nilai yang berlebihan.

Namun begitu, data daripada simpanan matawang dan operasi bank komersial menunjukkan aliran keluar modal masih meningkat dan hal ini mungkin disebabkan oleh para pelabur telah mensasarkan penurunan yuan.

Ahli ekonomi ING Wholesale Banking, Iris Pang berkata, “Data tersebut memberi isyarat bahawa rakyat China, termasuk pengimport menjangkakan yuan akan lebih lemah sementara dollar pula semakin meningkat”.

“Apa yang China mahukan sekarang adalah penetapan dasar untuk matawang yang serdehana lemah, bukan terlalu lemah yang mana akan menjadi pendorong untuk meningkatan posisi short di dalam pasaran”, tambah beliau.

Sebahagian pelabur menjangkakan peristiwa sell-off 2015-2016 akan berulang sehingga menyebabkan saham China jatuh mendadak dan nilai yuan susut 11% dalam tempoh lebih 17 bulan.

Oleh itu, kawalan modal ketat yang sedang berjalan telah menyebabkan syarikat mempunyai hutang luar negeri yang rendah dan China memiliki $3 trillion rizab matawang yang dapat digunakan untuk mempertahankan yuan.

Tambahan pula, berlatar berlakangkan perang perdangan AS-China yang telah menyebabkan saham China hilang hampir separuh daripada nilai mereka pada tahun ini, peningkatan hasil bon AS dan pengetatan dasar Fed menunjukkan pelabur tidak meletakkan harapan mereka terhadap kestabilan yuan.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: