yuan-dollar-2-e1540915064545

Yuan Di Paras Terendah 2008, Cetus Spekulasi PBOC Akan Perlahankan Pelonggaran Dasar

Kemerosotan yuan kepada paras terlemah sejak krisis kewangan global 2008 telah mencetuskan spekulasi bank pusat China (PBOC) akan memperlahankan kadar pelonggaran monetari bagi mengelak daripada menambah tekanan ke atas mata wang.

Sebahagian penganalisis melihat PBOC mungkin akan menangguhkan sebarang langkah-langkah rangsangan utama, seperti menurunkan kadar faedah dan nisbah keperluan rizab untuk bank.

Keputusan itu akan merumitkan lagi usaha kerajaan untuk memajukan ekonomi yang telah dilanda krisis wabak dan hartanah.

Hasil tinjauan ahli ekonomi oleh Bloomberg menjangkakan pertumbuhan KDNK China akan perlahan kepada hanya 3.4% tahun ini, merupakan kadar paling perlahan dalam lebih empat dekad.

Perbezaan dasar PBOC dengan hawkish Fed telah mendorong aliran keluar modal dan mendorong mata wang china menjadi lebih rendah.

Bank pusat China telah meningkatkan pertahanan mata wangnya, menetapkan penetapan harian yang lebih kukuh untuk yuan dan menjadikannya lebih mahal untuk ditukarkan.

Guan Tao, bekas penasihat PBOC memberi amaran tentang bahaya yang akan muncul ke atas pasaran kewangan global dan ekonomi lain menerusi kenaikan kadar agresif Fed.

Tao juga menggesa supaya penggubal dasar ebih berhati-hati menggunakan ruang yang ada untuk menetapkan rangsangan fiskal dan monetari selanjutnya.

Beliau memperingkatkan PBOC untuk tidak “melepaskan tembakan kosong”, akan tetapi perlu meningkatkan fokus dan keberkesanan dasar.

Setakat jam 8.55 malam, yuan didagang 0.75% lebih lemah berbanding dolar sekitar paras 7.2317, tahap yang tidak pernah dilihat dalam tempoh 14 tahun lalu.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *