Zon 1.1420/30 Terbukti Sebagai Resistance Yang Kuat, EUR/USD Bakal Menguji Support 1.1345

Zon 1.1420/30 Terbukti Sebagai Resistance Yang Kuat, EUR/USD Bakal Menguji Support 1.1345

Tajuk-tajuk politik terus menjadi penggerak utama yang telah memandu EUR/USD naik melepasi paras 1.1400 pada hari ini. EUR/USD meningkat ke paras 1

Tajuk-tajuk politik terus menjadi penggerak utama yang telah memandu EUR/USD naik melepasi paras 1.1400 pada hari ini.

EUR/USD meningkat ke paras 1.1418 disokong oleh data PPI EU bagi bulan Oktober yang meningkat lebih tinggi berbanding jangkaan.

Tambahan pula, kebimbangan terhadap isu belanjawan Itali semakin reda berikutan kerajaan Itali kini sedang mengkaji semula pindaan bagi mengecilkan defisit dan mengelak daripada dikenakan sekatan oleh Suruhanjaya EU.

Selain itu Mahkamah Keadilan Eropah pada hari turut memutuskan bahawa UK secara bersendirian dibenarkan untuk membatalkan Brexit.

Jurucakap May pula menjelaskan bahawa kerjaan UK tetap dengan pendirian tidak membatalkan Article 50 dan kabinet akan terus mebincangkan perancangan terhadap semua senario Brexit.

Namun begitu, momentum pembelian euro tidak bertahan dengan EUR/USD kini didagang sekitar 1.1354 setakat jam 12.10 pagi.

Secara teknikal zon 1.1420/30 terbukti sebagai zon resistance yang kuat sebelum harga boleh naik ke paras 1.1460 dan 1.1500.

Penguduran EUR/USD dilihat berpotensi menguji support 1.1345 (S1). Jika berjaya ditembusi harga akan terus jatuh ke paras 1.1310 (S2) dan 1.1260 (S3)

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: