geely-logo-auto

Geely, Renault Tandatangani Usaha Sama Dalam Perniagaan Jana Kuasa Enjin Hibrid

Geely Automobile Holdings Ltd dan pembuat kereta Perancis, Renault SA menandatangani usaha sama (JV) untuk melancarkan perniagaan yang akan mengeluarkan dan membekalkan jana kuasa enjin hibrid, kata pembuat kereta China itu hari ini.

Reuters pada akhir bulan Mac lalu melaporkan bahawa Renault dan Geely akan mengadakan usaha sama sebagai pembekal enjin petrol dan enjin hibrid terkemuka untuk industri kereta menjelang akhir 2023.

Usaha sama itu dijangka membuka sekitar 19,000 peluang pekerjaan dan 15 bilion euro (AS$16.3 bilion) dalam hasil tahunan.

Geely, melalui anak syarikatnya Aurobay Holding, akan memegang 33 peratus daripada usaha sama itu, 50 peratus akan dimiliki oleh Renault dan penyelesaian transaksi itu dijangka berlaku pada separuh kedua 2023

Sementara itu, baki pegangan akan disalurkan kepada GHPT Ltd, anak syarikat Geely Holding, kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Kedua-dua syarikat itu kini sedang meneliti untuk membawa masuk Saudi Aramco sebagai pelabur dan rakan kongsi untuk membangunkan dan membekalkan enjin petrol serta enjin teknologi hibrid.

Aramco sedang menilai pelaburan strategik dalam syarikat teknologi powertrain baharu ini, kata Renault.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *