A man wearing a protective face mask, following an outbreak of the coronavirus disease, walks past on an empty street in theasnow fall in Tokyo

Jepun Berisiko Berdepan “Era Penutupan Perniagaan Besar-besaran” Menjelang 2025

Peniaga-peniaga kecil di Jepun yang telah mengasakan syarikat sekian lama kini berdepan kesukaran mencari pengganti mahupun pembeli walapun mempunyai pelanggan-pelanggan setia.

Ia adalah isu yang ditegaskan oleh kerajaan Jepun berisiko menjejaskan sehingga satu pertiga daripada perniagaan kecil di negara itu menjelang 2025, apabila populasi negara semakin berkurangan dan semakin tua.

Masalahnya sangat besar sehingga Jepun menghadapi “era penutupan besar-besaran”, kata Shigenobu Abe dari firma penyelidikan kebankrapan Teikoku Databank.

Laporan kerajaan 2019 menganggarkan bahawa kira-kira 1.27 juta pemilik perniagaan kecil akan berumur 70 tahun ke atas menjelang 2025 dan tidak mempunyai pengganti.

Trend itu boleh menjejaskan sehingga 6.5 juta pekerjaan dan mengurangkan saiz ekonomi Jepun sebanyak 22 trilion yen (AS$166 bilion), tulis kajian itu.

Menurut Teikoku Databank, menjelang 2029, keadaan akan menjadi lebih teruk, kerana mereka yang lahir pada tahun perang dunia kedua telah mencecah 81, purata jangka hayat lelaki Jepun, sebahagian besarnya merupakan presiden-presiden bagi firma yang tersebut.

“Kami tahu pasti ramai pekerja akan kehilangan mata pencarian kerana ini,” kata Abe kepada AFP.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *