currency-symbol-usd

Keputusan Monetari Utama Global Minggu Ini Akan Menetapkan Nada Sepanjang Tahun 2023

Keputusan monetari utama global dalam tempoh 36 jam pada minggu ini mungkin akan menetapkan nada bagi keputusan dasar sepanjang tahun ini.

Bermula dengan Federal Reserve pada hari Rabu dan berakhir dengan Bank Pusat Jepun (BoJ) dua hari kemudian, bank-bank pusat ekonomi maju, mencakupi enam daripada 10 mata wang yang paling banyak didagangkan, berkemungkinan akan menarik tumpuan khusus.

Hal ini kerana para pembuat dasar global sedang menyesuaikan diri dengan tema yang ditetapkan oleh penggubal dasar di Jackson Hole pada bulan Ogos: bahawa kadar berkemungkinan kekal lebih tinggi untuk lebih lama.

Hampir semua data menunjukkan inflasi tidak dijinakkan sepenuhnya di hampir seluruh pelusuk dunia, dan kenaikan harga minyak mentah yang berterusan mencetuskan kebimbangan akan berlaku lebih banyak tekanan.

Oleh itu, tiada negara berani mengisytiharkan bahawa usaha mereka telah selesai, walaupun terdapat prospek bahawa bank pusat di UK atau Switzerland akan menghentikan kitaran pengetatan seperti yang berlaku di Zon Eropah minggu lalu.

Dengan permintaan yang lemah daripada China yang menekan perdagangan global, dan senario stagflasi yang terbentuk di Eropah, hanya daya tahan ekonomi AS yang ketara dapat membuktikan sebaliknya.

Latar belakang itu mungkin akan mendorong Fed untuk mengekalkan kadar faedah, tetapi dengan kenaikan yang lain akhir tahun ini.

“Kami melihat FOMC akan mencapai nada yang seimbang pada mesyuarat 19-20 September ini dengan menghentikan seketika kenaikan kadar, namun mengekalkan kitaran pengetatan, unutk mengelak risiko ekonomi,” kata Stuart Paul, ahli ekonomi Bloomberg.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *