amazon6

10,000 Pekerja Amazon Bakal Dibuang

Amazon sedang bersiap sedia untuk memberhentikan seramai 10,000 pekerjanya, lapor The New York Times semalam, menjadikan raksasa e-dagang itu sebagai gergasi teknologi terbaharu yang melancarkan pelan pembuangan berskala besar.

Angka pembuangan itu akan mewakili kurang daripada satu peratus daripada jumlah pekerja yang digaji oleh syarikat itu, yang mempunyai 1.54 juta pekerja di seluruh dunia pada akhir September lalu.

Tanpa menjelaskan butiran tentang pengagihan atau negara yang terlibat, The Times melaporkan bahawa kakitangan yang terjejas akan ditempatkan di jabatan peranti Amazon, bahagian runcit dan sumber manusia.

Bilangan pekerja yang akan diberhentikan masih boleh berubah, namun jika disahkan, ia akan menjadi pusingan pemecatan terbesar dalam sejarah syarikat berusia 28 tahun yang diasaskan oleh Jeff Bezos itu.

Pemberhentian itu bakal selepas syarikat mengambil pekerja secara agresif susulan perkembangan pesat perniagaan sepanjang pandemik akibat lonjakan permintaan dan pembelian dalam talian.

Amazon telah menambah dua kali ganda tenaga kerjanya kepada 1.62 juta pekerja dalam tempoh dua tahun daripada suku pertama 2020.

Bagaimanapun dalam keadaan ekonomi yang meruncing, Amazon dua minggu yang lalu mengumumkan pembekuan pengambilan pekerja.

Pada minggu lepas, Meta syarikat induk Facebook, mengumumkan bahawa ia telah memotong 11,000 pekerjaan, atau kira-kira 13 peratus daripada tenaga kerjanya.

Syarikat pembayaran dalam talian Stripe dan aplikasi panggilan kereta Lyft, juga baru-baru ini melaporkan pemberhentian yang besar. Twitter, yang baru diperoleh oleh Elon Musk, awal bulan ini memecat kira-kira separuh daripada 7,500 pekerjanya.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *