tesla-elon-musk1

Elon Musk Manusia Pertama Catat Kerugian Lebih RM880 bilion

Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk, semalam memecahkan rekod selepas muncul sebagai manusia pertama dalam sejarah yang mencatat kerugian melebihi AS$200 bilion (RM881 bilion).

Bilionair sensasi itu dijangka akan terus mengalami kerugian berikutan prestasi Tesla yang buruk pada 2022 dengan nilai sahamnya menjunam 65 peratus sejak setahun yang lalu.

Menurut Refinitiv, Tesla melakukan penghantaran 405,278 unit pada suku keempat 2022, kurang daripada jangkaan 431,117 unit.

Sepanjang 2022, penghantaran hanya meningkat sehingga 40 peratus, tidak menepati jangkaan Musk iaitu sebanyak 50 peratus.

Kejatuhan saham Tesla itu juga telah mengakibatkan nilai kekayaan Musk yang dahulunya pernah mencecah paras tertinggi AS$340 bilion pada November 2021, menyusut kepada AS$137 bilion.

Tesla kini berhadapan dengan lebih banyak potensi kerugian, sekali gus menjejaskan kedudukan Musk dalam senarai bilionair Forbes.

Penyusutan mendadak saham Tesla bermula selepas Musk terpaksa menjual sebahagian besar pegangannya dalam syarikat kenderaan elektrik itu pada tahun lalu kerana perlu membayar kos pembelian Twitter sebanyak AS$44 bilion.

Beliau juga melaksanakan beberapa langkah besar bagi mengurangkan kos operasi syarikat itu termasuk dengan memecat 75 peratus daripada 7,500 kakitangan serta menutup pejabat-pejabat di Seattle kerana enggan membayar sewa.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *