counting-ringgit

Ringgit Dijangka Meneruskan Aliran Menaik Minggu Hadapan

Ringgit dijangka meneruskan aliran menaik minggu hadpaan, didorong oleh sentimen global yang bertambah baik berikutan pembukaan semula dan pemansuhan sekatan pergerakan di China.

Pemulihan berterusan ringgit itu dilihat akan memacu momentum positif yang berterusan sehingga dapat meningkatkan ekonomi tempatan khususnya dalam sektor pelancongan dan perkhidmatan.

Pembukaan semula sempadan di China juga memberi impak yang positif kepada ekonomi Malaysia, terutamanya dalam eksport minyak dan gas ke negara tembok besar itu.

Pengarah Urusan Pengurusan Aset SPI Stephen Innes berkata, “Kami menjangkakan ringgit akan didagangkan dalam julat antara 4.2175 dan 4.2475 minggu depan.”

“Namun begitu, untuk melepasi ambang 4.20, data ekonomi perlu melakukan beberapa peningkatan yang ketara, terutamanya lonjakan yang ketara dalam pembelian pengguna China,” katanya.

Para pelabur juga akan terus memantau dengan teliti mesyuarat dasar FOMC yang dijadualkan minggu depan bagi mencari isyarat tentang kenaikan kadar faedah AS yang seterusnya.

“Ada kemungkinan FOMC boleh mengejutkan dan condong ke arah pihak hawkish,” tambah Innes.

Ringgit menutup dagangan minggu lalu dengan kedudukan lebih tinggi berbanding dolar dan sekumpulan mata wang utama yang lain.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *