Stellantis Jual Tiga Kilang Dalam Usaha Untuk Keluar Daripada Pasaran China

Stellantis Jual Tiga Kilang Dalam Usaha Untuk Keluar Daripada Pasaran China

Pengeluar kereta global Stellantis berkata semalam ia telah menjual tiga kilang yang dipegangnya bersama Dongfeng Motors kepada pengeluar China itu d

Pengeluar kereta global Stellantis berkata semalam ia telah menjual tiga kilang yang dipegangnya bersama Dongfeng Motors kepada pengeluar China itu dalam usaha untuk keluar daripada pasaran negara tembok besar itu.

Dongfeng yang mengendali kilang di Wuhan, Chengdu dan Xiangyang di bawah usaha sama itu akan membeli kesemua kilang tersebut “”untuk meneruskan pembuatan model Peugeot dan Citroen sebagai tambahan kepada model mereka sendiri”.

“Mereka juga menguruskan jualan jenama Peugeot dan Citroen di China,” kata Stellantis dalam satu kenyataan.

Selaras dengan perjanjian pemindahan aset, Dongfeng, sebuah perusahaan milik kerajaan, akan memperoleh hak guna tanah dan bangunan di Wuhan dan Xiangyang daripada Dongfeng Peugeot Citroën Automobile (DPCA), usaha sama dengan Stellantis, dengan jumlah 1.71 bilion yuan (AS$233.69 juta).

“Langkah ini merupakan satu lagi langkah penting ke arah strategi meringankan aset ‘jenama asing’ kami di China,” kata Stellantis.

Pada tahun lalu, Stellantis menamatkan usaha samanya dengan Guangzhou Automobile Group (GAC) yang mengeluarkan Jeeps, berikutan jualan jenama itu menghadapi kemerosotan di tengah-tengah persaingan sengit dalam pasaran automotif terbesar dunia.

Menurut data daripada Persatuan Pengilang Automobil China, usaha sama DPCA berjaya mengeksport 37,000 kenderaan pada 2022, membentuk hampir 30% daripada jumlah jualan kereta untuk usaha sama itu pada tahun tersebut, yang kesemuanya adalah model enjin pembakaran dalaman.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: