goldemas5

Emas Stabil Di Paras Tertinggi 9 Bulan, Risiko Kemelesetan Ekonomi Global Meningkat

Harga emas naik ke paras tertinggi sembilan bulan pada Khamis selepas lonjakan mendadak pada sesi sebelumnya didorong oleh komitmen ahli FOMC untuk terus menaikkan kadar faedah sepanjang tahun ini.

Keputusan Federal Reserve itu bukan sahaja meningkatkan permintaan emas malah turut meningkatkan kebimbangan potensi kelembapan ekonomi tahun ini.

Setakat jam 12.25 tengahhari, harga emas melonjak lebih 1% selepas Fed menaikkan kadar faedah lebih kecil sekitar 25 mata asas dan mengakui kemajuannya terhadap inflasi.

Namun begitu, bank pusat juga menyuarakan ketidakpastian mengenai di mana tahap kadar faedah akan memuncak.

Hal ini telah melemahkan jangkaan bahawa Fed akan mula menghentikan ‘rate hike’ menjelang pertengahan tahun ini serta potensi ‘rate cut’ menjelang akhir tahun 2023.

Status emas sebagai pilihan aset paling selamat juga berlaku ditengah-tengah tekanan pertumbuhan ekonomi global akibat peningkatan kadar faedah berterusan.

Kenaikan emas juga seiring dengan kelemahan mendadak dalam dolar dengan indeks USD kini di paras terendah dalam tempoh sembilan bulan berbanding sekumpulan mata wang utama.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *