Unit Awan Alibaba Kurangkan 7% Pekerja, Baharui Perniagaan Sebelum Penyenaraian

Unit Awan Alibaba Kurangkan 7% Pekerja, Baharui Perniagaan Sebelum Penyenaraian

Unit awan Alibaba Group Holding Ltd telah memulakan pusingan pengecilan saiz yang akan memberi kesan kepada tujuh peratus kakitangan kerana ia menyel

Unit awan Alibaba Group Holding Ltd telah memulakan pusingan pengecilan saiz yang akan memberi kesan kepada tujuh peratus kakitangan kerana ia menyelaraskan perniagaannya sebagai persediaan untuk IPO.

Reuters melaporkan bahawa gergasi teknologi China itu telah membentangkan rancangan penyenaraian dan penjanaan dana untuk empat unit perniagaannya, termasuk unit logistik Cainiao pada awal bulan ini.

Sebagai sebahagian daripada rancangan itu, perkhidmatan awan terbesar China dijadualkan akan mula disenaraikan pada tahun hadapan.

Perkembangan tersebut merupakan sebahagian daripada pengumuman Alibaba awal tahun ini mengenai rancangan untuk menstruktur semula kepada enam unit.

Keputusan penstrukturan semual itu adalah susulan tindakan tegas pihak kawal selia selama dua tahun ke atas sektor teknologi China.

Bahagian awan Alibaba melaporkan pendapatan 18.6 bilion yuan ($2.69 bilion) pada suku baru-baru ini, turun 2 peratus dalam tahun ke tahun.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: