EurUsd di Timeframe Daily.
Forecast: Harga ketika ini sepertinya dalam kedudukan Retracement. Harga asalnya dalam kedudukan Uptrend, akan tetapi harga ketika ini masih gagal untuk break dan close diatas Resistance semasa untuk meneruskan sesi Uptrend tersebut. Setelah itu, harga terus berjaya break dan close dibawah support semasa 1.08550, ketika ini support tersebut telah menjadi Resistance/ SbR menandakan bahawa harga akan meneruskan sesi Retracement tersebut atau berkemungkinan harga akan membuat perubahan trend daripada Uptrend kepada Downtrend. Harga juga telah membentuk Chart Pattern Three Black Crows atau saya panggil 3 candle arah, dimana jika pattern ini muncul, kebiasaanya harga akan meneruskan penurunan. Saya mula fokus pada peluang sell sahaja memandangkan harga masih lagi dalam sesi Retracement dan terdapat chart pattern 3 candle arah tersebut.
Entry: Peluang reentry terbaik adalah di SbR tersebut. Tunggu sehingga munculnya setup Price Action seperti Bearish Engulfing atau Pin Bar di zone reentry tersebut sebelum melakukan sebarang reentry. Setup ini akan terbatal jika harga berjaya break dan close semula diatas SbR tersebut.
**SILA KAWAL MM ANDA**