Penurunan keuntungan Ant Group Co semakin pantas dalam tiga bulan berakhir pada September lalu, jatuh 83% selepas China mengetatkan kawal selia dan penurunan dalam penilaian pelaburan ekuiti luar negara.
Menurut pemfailan pada Khamis yang lalu, syarikat yang berpangkalan di Hangzhou itu menyumbang 1 bilion yuan (AS$145 juta) kepada pendapatan Alibaba Group Holding Ltd.
Berdasarkan pegangan satu pertiga Alibaba dalam Ant, angka itu diterjemahkan kepada anggaran 3 bilion yuan keuntungan untuk Ant.
Jumlah itu adalah dibandingkan dengan kejatuhan 63% pada suku sebelumnya. Pendapatan Ant Group kini ketinggalan satu perempat di belakang Alibaba.
Menurut laporan Alibaba, Ant juga mengeluarkan dividen bernilai 3.9 bilion yuan pada Mac dan 10.5 bilion yuan pada Disember tahun lepas, menurut laporan pendapatan Alibaba.
Sejak lebih dua tahun pihak berkuasa China mengetatkan kawal selia ke atas penyenaraiannya, Ant masih menantikan lampu hijau untuk memohon lesen syarikat induk kewangan.
Penilaian syarikat itu telah dipangkas oleh Fidelity Investments sekali lagi kepada AS$63.8 bilion pada November, jauh di bawah kemuncak AS$235 bilion.