tesla-gigafactory-1

Tesla Akan Bina Kilang Bateri Baharu, Kilang Kedua Di Shanghai Selepas Gigafactory 3

Tesla akan membina kilang baharu di Shanghai untuk pengeluaran unit bateri Megapacknya, lapor media kerajaan China semalam.

Kilang yang akan mempunyai kapasiti awal 10,000 unit Megapack setahun itu, dijangka “memulakan pengeluaran pada suku kedua 2024”, lapor Agensi Berita Xinhua.

Gergasi kereta elektrik AS itu berkata Megapacknya bertujuan untuk menyimpan tenaga dan menstabilkan bekalan untuk grid kuasa, dengan setiap unit mampu menyimpan lebih daripada 3 megawatt-jam kuasa.

Kilang itu akan menjadi kilang kedua Tesla di bandar China selepas pembinaan kompleks kilang luar negara pertamanya Shanghai Gigafactory pada 2018.

Lu Yu, seorang pegawai tempatan, berkata kilang bateri baharu itu dijangka mewujudkan “kelompok industri” bernilai lebih AS$14 bilion (RM62 bilion).

Pengumuman itu dibuat selepas CEO Tesla Elon Musk membentangkan rancangan yang tidak jelas namun bercita-cita tinggi kepada para pelabur bagi pertumbuhan pengecasan turbo.

Tesla telah mencapai kejayaan selepas merdepan kerugian bertahun-tahun, mencatat rentetan rekod pendapatan yang mengagumkan kerana penambahan kilang serta peningkatan pengeluaran.

Syarikat itu juga telah bertindak sebagai pemangkin utama untuk revolusi dalam pengangkutan, dengan kebanyakan usaha inovasi sektor automobil beralih daripada enjin pembakaran dalam kepada EV.

Walaupun dengan kejayaan itu, Musk telah gagal mencapai beberapa matlamatnya yang terlalu besar.

Model 3, model kenderaan termurah Tesla yang bermula pada AS$43,000 di AS masih terlalu mahal untuk kebanyakan pengguna dalam pasaran yang mempunyai bilangan pesaing yang terus bertambah.

Musk juga telah terlepas tarikh akhirnya sendiri bagi kenderaan automatik sepenuhnya, berikutan teknologi bantuan pemandu Tesla telah mendorong siasatan pihak pengawal selia AS.

Hubungan Musk dengan China juga turut menimbulkan keresahan di Washington, dengan Presiden AS Joe Biden berkata pada November hubungan eksekutif itu dengan negara asing “layak” diteliti.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *