pound-gbp4

GBP Menuju Kenaikan Mingguan Terbesar Berbanding USD Sejak Disember Lalu

Sterling (GBP) menuju peningkatan mingguan terbesar berbanding dolar (USD) dalam tempoh enam bulan pada hari ini berikutan kadar faedah AS dilihat akan mencapai paras tertinggi lebih awal berbanding UK.

Pound telah meningkat 1.5 peratus berbanding dolar pada minggu ini, kenaikan tertinggi sejak awal Disember lalu.

Berbanding euro, pound juga mencatat peningkatan terbesar dalam hampir empat bulan dengan kenaikan 1.1 peratus.

Pengalihan modal pelabur daripada safe haven dolar dilihat menjadi punca utama setelah penggubal undang-undang di Washington meluluskan rang undang-undang yang akan menangguhkan had pinjaman kerajaan AS.

Selain itu, permintaan dolar juga melemah berikutan beberapa siri isyarat daripada ahli FOMC bahawa Fed akan pertahankan dasar monetarinya pada pertemuan Jun ini.

Hal ini telah mengubah persepsi pelabur yang kini hanya meletakkan 29 peratus peluang Fed menaikkan kadar pada bulan ini, jauh lebih rendah berbanding 70 peratus seminggu yang lalu.

Sementara itu, kedudukan inflasi UK yang kekal tinggi telah mendorong para pelabur menilai semula prospek dasar monetari di Britain.

Jordan Rochester, pakar strategi di Nomura, dalam notanya berkata peningkatan pound bagaimanapun tidak begitu ketara apabila ditinjau daripada beberapa faktor.

“Inflasi yang sukar ditangani di UK akan memanjangkan tempoh kitaran kenaikan kadar BoE = pertumbuhan yang lebih rendah, aliran masuk UK yang kurang,” katanya.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *