UBS berkata pada hari bahawa mereka berkemungkinan akan menyelesaikan pengambilalihan pesaingnya Credit Suisse sebelum akhir Jun.
Jangkaan itu dikeluarkan selepas UBS melaporkan keuntungan bersih suku pertama yang memberangsangkan sebanyak AS$1.0 bilion.
Fokus kini tertumpu pada struktur yang akan dibentuk oleh bank terbesar Switzerland itu ketika ia bersedia untuk melaksanakan penggabungan penyelamatnya dengan pesaing domestik terdekat.
Hasil tinjuan para penganalisis oleh rangkaian berita kewangan Switzerland AWP menjangkakan keuntungan bersih suku pertama UBS meningkat pada kira-kira AS$1.7 bilion, turun daripada AS$2.1 bilion setahun lalu.
Pendapatan bersih bagi suku pertama telah berkurang dengan peningkatan dalam peruntukan litigasi sebanyak AS$665 juta bagi menyelesaikan pertikaian lama yang dikaitkan dengan krisis sub-prima di Amerika Syarikat.
Bank itu berkata ia sedang dalam perbincangan lanjutan dengan Jabatan Kehakiman AS dan melaporkan kemajuan ke arah menyelesaikan kes itu.
UBS berkata ia menyaksikan aliran masuk bersih wang baharu ke bahagian pengurusan kekayaan globalnya sebanyak AS$28 bilion, di mana AS$7 bilion diperoleh dalam 10 hari terakhir bulan Mac, menyusuli pengumuman pengambilalihan itu.
CEO UBS, Sergio Ermotti berkata beliau akan memberikan penjelasan secepat mungkin dalam beberapa bulan akan datang mengenai keadaan yang akan berlaku untuk perbankan domestik di Switzerland.
Beliau berkata sebarang keputusan akan “berdasarkan fakta”, berkata perbincangan awam pada peringkat ini “benar-benar berdasarkan emosi dan dalam banyak kes, sama sekali tidak dimaklumkan”.
“Apa sahaja yang kita lakukan perlu mampan dan berdaya maju,” tegasnya, dalam panggilan persidangan dengan penganalisis.
Antara isu yang membimbangkan setelah pengambilan alihan tersebut adalah potensi pemecatan ribuan pekerjaan serta campur tangan kerajaan sekiranya perniagaan semakin terjejas.