usdjpy-yen-7

Menteri Kewangan Jepun: Pergerakan Forex Yang Tajam Bukan Perkara Yang Dingini

Menteri Kewangan Jepun Shunichi Suzuki pada hari Jumaat, apabila ditanya mengenai kelemahan yen baru-baru ini, berkata pergerakan tajam mata wang adalah perkara yang tidak diingini.

“Tahap mata wang harus ditetapkan oleh pasaran, mencerminkan fundamental,” kata Suzuki kepada pemberita.

“Volatiliti (naik turun) yang berlebihan adalah sesuatu yang tidak diingini dan ia sepatutnya bergerak stabil. Kami akan terus memerhatinya dengan teliti,” tambah beliau.

Suzuki juga berkata beliau mengharapkan Bank Pusat Jepun (BOJ) dapat memberi kerjasama yang erat dengan kerajaan dan menjalankan dasar-dasar dengan tegas untuk mencapai sasaran inflasi dua peratus secara mampan dan stabil.

Menjelang keputusan dasar BOJ hari ini, yen telah meneruskan penurunan sesi lalu, didagang sekitar 139.80, terendah sejak 7 bulan lalu.

Bank pusat dijangka mengekalkan dasar monetari ultra longgar dalam usaha menyokong pertumbuhan domestik.

Walaupun arah aliran itu menjadi petanda baik untuk saham Jepun, namun yen menyaksikan lebih banyak jualan berikutan kenaikan kadar faedah di negara pesaingnya menjejaskan daya tarikan yen.

Pegawai BOJ, khususnya Gabenor baharu Kazuo Ueda, telah memberi isyarat bahawa mereka akan mengekalkan dasar buat masa ini, memetik keperluan untuk menyokong pertumbuhan ekonomi tempatan.

Yen juga terjejas oleh tekanan bahawa kerajaan Jepun akan campur tangan untuk menstabilkan pasaran mata wang, susulan amaran lisan beberapa pegawai walaupun masih belum melakukan sebarang tindakan.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *