oil-8

Harga Minyak Merosot, Prospek Permintaan Tidak Menentu

Niaga hadapan minyak merosot pada Khamis di tengah-tengah kebimbangan terhadap isu permintaan selepas pengerusi Fed memberikan bayangan kenaikan kadar faedah selanjutnya.

Menjelang data inventori AS rasmi yang akan diterbitkan hari ini, niaga hadapan Brent mencatat penurunan 43 sen atau 0.56% kepada AS$76.68 setong, manakala WTI pula susut 40 sen atau 0.55% kepada AS$72.14 setong.

Kontrak yang menjadi penanda aras itu bagaimanapun telah mencatat peningkatan sedolar berikutan lonjakan harga komoditi menguatkan jangkaan berlakunya kekurangan tanaman di seluruh dunia, merendahkan campuran bahan api bio, sekali gus meningkatkan permintaan minyak.

Namun begitu, pasaran kembali berhati-hati apabila Pengerusi Fed Jerome Powell dalam keterangan di kongres semalam mengukuhkan bahawa objektif bank pusat adalah untuk mengekang inflasi dan berkata dua lagi kenaikan kadar 25 mata asas menjelang akhir tahun adalah “sasaran yang cukup baik”.

Kadar faedah yang lebih tinggi akan meningkatkan kos pinjaman untuk pengguna, yang mana mampu memperlahankan pertumbuhan ekonomi dan mengurangkan permintaan minyak.

Harga minyak masih mengekalkan majoriti peningkatan sesi sebelumnya kerana pasaran sentiasa memerhatikan pemacu baharu, termasuk tanda-tanda keyakinan permintaan China dan data terkini inventori AS.

“Pemulihan ekonomi China masih menjadi tumpuan peniaga minyak. Lebih banyak langkah rangsangan oleh kerajaan China, lebih kuat prospek permintaan minyak,” kata Tina Teng, penganalisis pasaran di CMC.

Sementara itu, data inventori rasmi daripada Pentadbiran Maklumat Tenaga AS malam ini menjadi tumpuan bagi dagangan jangka pendek.

“Harga masih berpotensi menaik berikutan tanpa peningkatan pengeluaran minyak di AS serta pemotongan OPEC+ akan mengehadkan bekalan minyak pada bulan berikutnya , kata eksekutif pengeluar minyak AS EOG Resources.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *