li-auto-china

Li Auto Sasar Jualan Lebih Tinggi Daripada BMW, Mercedes, Audi Di China Pada 2024

Li Auto berkata ia menyasarkan untuk menjual lebih tinggi daripada BMW, Mercedes-Benz dan Audi di China pada 2024.

Sasaran itu diumumkan berikutan pengeluar-pengeluar kereta China sedang mempercepatkan pelancaran model baharu dan meningkatkan pengeluaran.

“Kami akan berusaha untuk menjadi jenama kereta premium no.1 di China pada 2024 dari segi jualan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Li Auto Li Xiang kepada pelabur hari ini.

Beliau juga berkata bahawa syarikat mampu mencapai penghantaran bulanan sebanyak 40,000 unit pada suku keempat selepas peningkatan pengeluaran.

Pengeluar kereta elektrik bateri yang ditubuhkan pada 2015 itu akan mengeluarkan model kerete elektrik tulen pertamanya MEGA pada penghujung tahun ini.

Li berkata bahawa beliau menjangkakan MEGA akan menjadi model paling laris di kalangan kereta berharga melebihi 500,000 yuan ($69,315) dengan semua jenis bahan api di China.

Syarikat itu akan melancarkan empat model baharu tahun depan termasuk tiga EV, katanya.

Perang harga yang dimulakan oleh Tesla pada bulan Januari telah menekan syarikat-syarikat pemula EV China seperti Nio dan Xpeng sehingga menghadapi kemerosotan jualan dan kerugian yang semakin meningkat pada separuh pertama.

Bagaimanapunb, Li Auto berjaya memperoleh bahagian pasaran dalam segmen kereta berharga melebihi 300,000 yuan dan meningkatkan keuntungan tahun ini dengan empat kenderaan hibrid jarak jauh yang menyasarkan pengguna keluarga.

Menurut data Persatuan Pengilang Automobil China, jualan bulanan BMW, Mercedes-Benz dan Audi, yang dijual pada harga diskaun besar melalui pengedar tahun ini, masing-masing berjulat antara 31,500 dan 70,000 unit, pada separuh pertama.

Sementara Li Auto telah menghantar 173,251 kereta dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini, meningkat 145 peratus daripada tempoh yang sama tahun lalu dan menyasarkan untuk menghantar lebih daripada 100,000 kenderaan pada suku ketiga.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *