yuan-dollar-2-e1540915064545

Rizab Pertukaran Asing China Naik Kepada AS$3.204 trilion Pada Julai

Rizab pertukaran asing China meningkat lebih daripada jangkaan pada bulan Julai, setelah dolar AS jatuh berbanding mata wang utama lain.

Berdasarkan data rasmi yang dikeluarkan hari ini, rizab pertukaran asing China yang terbesar di dunia, meningkat AS$11.3 bilion kepada AS$3.204 trilion pada bulan lalu,

Peningkatan itu lebih tinggi berbanding $3.200 trilion yang diramalkan oleh tinjauan penganalisis dari Reuters serta $3.193 trilion pada bulan Jun.

Yuan meningkat 1.5 peratus berbanding dolar pada bulan Julai, sementara dolar AS pada bulan lalu jatuh 1.0 peratus berbanding sekumpulan mata wang utama lain.

China memegang 68.69 juta auns troy emas pada akhir Julai, meningkat daripada 67.95 juta auns pada akhir Jun.

Nilai rizab emas China meningkat kepada AS$135.36 bilion pada akhir Julai daripada AS$129.93 bilion pada akhir Jun.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *