ncer-penang-malaysia-e1710487729457

Pulau Pinang Rekod Aliran Masuk Pelaburan Tertinggi Di Malaysia Pada 2023

Pulau Pinang mencatatkan RM71.9 bilion dalam aliran masuk pelaburan pada 2023, angka tertinggi di Malaysia, dipacu oleh pelaburan langsung asing (FDI) yang menyumbang RM61.7 bilion, atau 85.8 peratus daripada aliran masuk pelaburan pembuatan.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata ini adalah hasil dasar ekonomi negeri yang telus, mesra pelabur dan berdaya saing.

“Angka itu menggariskan keyakinan pelabur antarabangsa terhadap potensi negeri dan peluang menarik yang ditawarkan secara menyeluruh,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata menerusi kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dan Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA), negeri itu berjaya memudahkan pelaburan bernilai RM13.67 bilion, sekali gus mewujudkan lebih 14,000 peluang pekerjaan tahun lepas.

Sementara itu, Chow yang juga Exco Kerajaan Negeri Kewangan, Pembangunan Ekonomi, Tanah dan Komunikasi berkata bangunan Pusat Inovasi Teknologi (NTIC) Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) di Bayan Lepas dijangka siap pada suku ketiga tahun ini.

Beliau berkata NTIC akan menjadi platform utama untuk menarik pelaburan berkaitan teknologi kepada NCER melalui kerjasama antara perusahaan kecil dan sederhana tempatan, syarikat multinasional dan ahli akademik.

Pusat ini memberi tumpuan kepada aktiviti yang berkaitan dengan penyelidikan, reka bentuk, teknologi, inovasi dan pengkomersilan.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *