Firma pembayaran PayPal semalam melancarkan stablecoin dolar AS dalam usaha untuk meningkatkan penggunaan mata wang digital untuk pembayaran dan pemindahan.
Menurut syarikat itu, stablecoin, yang dikenali sebagai PayPal USD, disokong oleh deposit dolar AS dan Perbendaharaan AS jangka pendek dan akan dikeluarkan oleh Paxos Trust Co.
Stablecoin ialah mata wang kripto yang direka bentuk untuk dilindungi daripada turun naik liar yang menyukarkan penggunaan aset digital untuk pembayaran atau sebagai simpanan nilai.
PayPal USD disandarkan kepada dolar dan secara beransur-ansur akan tersedia kepada pelanggan syarikat di Amerika Syarikat, kata firma pembayaran digital itu dalam laman sesawangnya.
Bulan lalu jawatankuasa kongres AS gagal mencapai persetujuan mengenai rang undang-undang untuk mewujudkan rangka kerja kawal selia persekutuan untuk stablecoin.
Visa telah berkata pada 2021 bahawa ia akan membenarkan penggunaan mata wang kripto USD Coin untuk menyelesaikan transaksi pada rangkaian pembayarannya.