Sekatan China terhadap penggunaan telefon bimbit Apple oleh kakitangan kerajaan pusat diperluaskan kepada kerajaan negeri dan syarikat milik kerajaan, lapor Nikkei Asia pada Jumaat.
Reuters pada hari Khamis melaporkan bahawa China dalam beberapa minggu kebelakangan ini telah meluaskan sekatan sedia ada terhadap penggunaan iPhone oleh kakitangan kerajaan.
Bloomberg juga melaporkan bahawa larangan tersebut telah diperluaskan kepada firma yang disokong kerajaan, termasuk gergasi tenaga PetroChina, yang menggaji jutaan pekerja dan mengawal sebahagian besar ekonomi China.
Wall Street Journal pula melaporkan pada Rabu yang lepas bahawa China telah melarang penggunaan iPhone untuk pegawai kerajaan pusat dan telah memaklumkan kakitangan mengenai larangan itu melalui aplikasi perbualan kumpulan atau mesyuarat.
Penganalisis di Bank of America menulis dalam nota hari Khamis bahawa larangan iPhone yang berpotensi berlaku berikutan telefon pintar unggulan mewah baharu yang dikeluarkan oleh pengeluar China Huawei.
Rancangan China untuk memperluaskan larangan penggunaan iPhone di jabatan sensitif itu menjadi tanda bahawa Apple Inc. kini berdepan cabaran yang semakin meningkat dalam pasaran asing terbesar serta pangkalan kepada pengeluaran globalnya.