youtube-trump

YouTube Lancarkan Saluran Beli-belah Rasmi Pertama Di Korea Selatan

YouTube akan melancarkan saluran beli-belah rasmi pertamanya untuk perdagangan langsung di Korea Selatan pada 30 Jun ini, lapor agensi berita Yonhap.

Korea Selatan sudah pun mempunyai perniagaan perdagangan penstriman langsung yang berkembang pesat diterajui oleh gergasi teknologi Naver

Hal ini menjadikannya pasaran ujian utama bagi kelas berat global kerana syarikat milik Alphabet turut memfokuskan hal yang sama.

Saluran baharu tersebut akan beroperasi dalam bahasa Korea dan akan bermula sebagai projek yang berlansung selama 90 hari.

Di peringkatkan awal, ia akan menyediakan platform dagangan langsung kepada syarikat dan merancang untuk menstrim langsung kandungan beli-belah daripada kira-kira 30 jenama, lapor Yonhap dan media Korea yang lain.

Ia adalah saluran beli-belah rasmi pertama YouTube di mana-mana negara, kata Yonhap.

“Kami mungkin bereksperimen dengan pelbagai ciri Beli-belah YouTube dari semasa ke semasa,” kata jurucakap YouTube.

Dengan hasil iklan YouTube terjejas oleh pengiklan yang mengehadkan perbelanjaan dan persaingan daripada platform seperti TikTok, Ketua Pegawai Perniagaan Google Philipp Schindler berkata pada Februari bahawa terdapat “banyak potensi untuk memudahkan orang ramai membeli-belah daripada pencipta, jenama dan kandungan yang mereka suka”.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *