Walmart mengimport lebih banyak barangan ke Amerika Syarikat dari India dan mengurangkan pergantungannya kepada China kerana ingin mengurangkan kos dan mempelbagaikan rantaian bekalannya.
Menurut data yang dikelurkan oleh oleh firma Import Yeti, peruncit terbesar dunia dari AS itu mengimport satu perempat barangan dari India antara Januari dan Ogos tahun ini berbanding hanya 2 peratus pada 2018.
Data yang sama juga menunjukkan hanya 60 peratus penghantarannya datang dari China dalam tempoh yang sama, turun daripada 80 peratus pada 2018.
Walau bagaimanapun, China masih merupakan negara terbesar yang mengimport barangan kepada Walmart.
Peralihan itu menggambarkan bagaimana peningkatan kos pengimportan dari China dan ketegangan politik antara Washington dan Beijing menggalakkan syarikat-syarikat besar AS untuk mengimport lebih banyak dari negara lain termasuk India, Thailand dan Vietnam.
“Kami mahukan harga terbaik,” kata Andrea Albright, naib presiden eksekutif penyumberan Walmart dalam satu temu bual.
“Ini bermakna saya memerlukan daya tahan dalam rantaian bekalan kami. Saya tidak boleh bergantung kepada mana-mana pembekal atau geografi untuk produk saya kerana kami sentiasa menguruskan perkara daripada taufan dan gempa bumi kepada kekurangan bahan mentah,” tambahnya.
“Kami adalah perniagaan yang sedang berkembang dan sedang berusaha untuk mendapatkan lebih banyak kapasiti pembuatan,” kata Walmart.
India telah muncul sebagai komponen utama usaha Walmart untuk membina kapasiti pembuatan itu, jelas Albright.
Walmart telah mempercepatkan pertumbuhan di India sejak 2018, apabila ia membeli 77 peratus kepentingan dalam firma e-dagang India Flipkart.
Dua tahun kemudian, ia komited untuk mengimport $10 bilion barangan dari India setiap tahun menjelang 2027 dan sasaran tersebut kekal di landasan untuk dicapai dengan angka import dari India kini mencecah sekitar AS$3 bilion setiap tahun, kata Albright.