goldemas5

Harga Emas Dijangka Terus Mencatat Rekod Tinggi Pada 2024, 2025

Harga emas telah mencatat rekod tahunan sejak tiga tahun lalu dan dijangka melanjutkan peningkatan tersebut pada 2024 dan 2025, ketika dunia masih bergelut dengan pelbagai isu politik domestik dan antarabangsa, risiko kelembapan jika tidak secara langsung kemelesetan di Amerika Syarikat dan beberapa negara maju lain.

CPM Group mengunjurkan harga purata untuk tahun 2023 di paras AS$1,950 atau lebih tinggi, dengan harga pada akhir tahun hadapan berkemungkinan melebihi AS$2,000 setiap auns, dan purata AS$2,100 pada 2025.

Harga emas mencerminkan asas dan realiti penawaran dan permintaan, suasana dunia politik, dan keadaan ekonomi global sehingga setiap tiga sektor ini berinteraksi untuk menentukan arah dan tahap semua harga komoditi, termasuk emas.

Selain itu, fundamental juga mempengaruhi pergerakan harga bermula daripada pengeluaran lombong, pemulihan emas sekunder daripada sekerap, permintaan fabrikasi, pembelian dan penjualan bank pusat.

Daripada kesemua faktor di atas, sektor yang paling dinamik, paling tidak menentu adalah permintaan pelaburan sehingga mempunyai pengaruh paling besar terhadap harga emas.

Pelabur membeli secara bersih, kolektif, 16 juta oz emas fizikal pada 2018 dan 17 juta oz pada 2019. Kemudian menjelang Julai 2019, persekitaran ekonomi dan politik semakin gelap dan pelabur meningkatkan pembelian emas mereka.

Pada 2020 pula, pasaran emas berhadapan dengan kemunculan pandemik COVID-19, penutupan global, kemelesetan dan program sokongan kewangan kerajaan yang besar di seluruh dunia.

Dalam persekitaran ini, pelabur telah membeli 40 juta oz emas, menghampiri paras tertinggi dalam sejarah.

Angka itu juga merupakan pembelian pelaburan bersih tahunan keempat terbesar dalam sejarah, sekali gus memberi sokongan kepada kenaikan harga emas.

Sepanjang tempoh tiga tahun sejak 2020, ekonomi dan politik kekal sukar, walaupun dengan pemulihan mendadak pada 2021 apabila ekonomi kembali dibuka dan wang rangsangan telah dibelanjakan.

Suasana itu telah mendorong pelabur untuk membeli bersih sebanyak 24-27 juta oz jongkong emas setahun dan jumlah itu cukup untuk mengekalkan harga melebihi AS$1,625 per auns.

Permintaan pelaburan bersih diunjurkan melebihi 30 juta oz tahun hadapan dan berkemungkinan menghampiri 40 juta oz. Tahap permintaan sedemikian dijangka akan didorong oleh gabungan perkembangan politik dan ekonomi yang menghakis.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *