mavcom-loke

Penggabungan Mavcom, CAAM Akan Dibentangkan Tahun Ini

Penggabungan antara Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) untuk menjadi satu agensi kawal selia penerbangan masih dalam perbincangan.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata perkara itu dijangka dibawa ke Parlimen tahun ini, sama ada pada sesi kedua atau ketiga.

Beliau berkata demikian kepada media selepas melihat penumpang Batik Air berlepas dari Kuala Lumpur ke Sibu di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.

Sidang Parlimen sesi kedua dijadualkan pada 24 Jun hingga 18 Julai ini, manakala sesi ketiga dijangka dari 7 Oktober hingga 5 Disember tahun ini.

Penggabungan antara Mavcom dan CAAM diumumkan oleh Loke pada 2019 yang lalu. Pada masa ini, Malaysia adalah salah satu daripada beberapa negara yang mempunyai dua pengawal selia penerbangan, iaitu Mavcom dan CAAM.

Mavcom menyelia aspek kewangan, komersial dan ekonomi syarikat penerbangan, manakala CAAM menumpukan pada aspek teknikal.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *