brembo-e1708680900344

Brembo Itali Akan Kembangkan Pengeluaran Menerusi Kilang Baharu Di Thailand

Brembo, gergasi pengeluar sistem brek automotif dari Itali akan mengembangkan kapasiti pengeluarannya di Asia Tenggara untuk membangunkan kilang baharu di Thailand, kata pembuat brek itu pada Khamis.

Tapak kilang itu, yang mana Brembo telah memperuntukkan pelaburan kira-kira 40 juta euro atau sekitar AS$43.41 juta, dijangka akan menghasilkan sistem brek untuk pembuat dua roda tempatan di daerah perindustrian wilayah Rayong, kata Brembo dalam satu kenyataan.

Kilang tersebut dijangka beroperasi menjelang suku pertama 2025 dan akan menggaji kira-kira 150 orang, tambah kumpulan itu.

Angka pelaburan itu adalah di atas pelaburan 500 juta euro yang diumumkan kumpulan itu pada Mei dalam tempoh tiga hingga empat tahun, satu rancangan perniagaan yang bertujuan untuk meningkatkan kapasiti di Mexico, China dan Poland.

Pelaburan iut juga menambah kepada yang dilaksanakan pada tahun-tahun yang lalu dalam pasaran dua roda, yang menurut Brembo bernilai sekitar 13 peratus daripada jumlah pendapatannya.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *