boj-2-1

BOJ Naikkan Kadar Faedah Buat Kali Pertama Sejak 2007

Bank pusat Jepun (BOJ) menghentikan program rangsangan monetari yang sangat agresif hari ini, menaikkan kadar buat kali pertama sejak krisis kewangan global.

Dasar terpencil BOJ mengenai kadar negatif dan pembelian aset besar-besaran itu adalah bertujuan untuk melonjakkan pertumbuhan ekonomi dan kenaikan harga selepas “dekad yang hilang” genangan dan deflasi.

Namun begitu, berhadapan dengan spekulasi sejak beberapa bulan lalu, BoJ akhirnya menukar julat kadar dasarnya daripada -0.1 peratus kepada antara sifar dan 0.1 peratus, kenaikan kadar faedah pertama sejak 2007.

Penggubal dasar “menilai kitaran antara gaji dan harga” dan membuat kesimpulan bahawa “sasaran kestabilan inflasi pada dua peratus akan dicapai dengan cara yang mampan dan stabil”.

Langkah itu akan menjadikan pinjaman kini lebih mahal untuk pengguna dan perniagaan, namun bank akan memperoleh lebih banyak wang daripada pemberian pinjaman.

Ia juga akan meningkatkan angka untuk Jepun membayar hutang negara, yang kini sekitar 260 peratus daripada KDNK dan adalah salah satu yang tertinggi di dunia.

BOJ juga menyeru penamatan dasar lain yang tidak lazim termasuk program kawalan keluk hasilnya, yang membolehkan bon bergerak dalam jalur yang ketat, dan pembelian dana dagangan bursa kerana mereka telah “memenuhi peranan mereka”.

Taro Saito, pakar ekonomi kanan di Institut Penyelidikan NLI, berkata bahawa keputusan itu adalah “langkah bagus untuk BoJ ke arah normalisasi dasar monetarinya yang telah lama didambakan”.

Fed dan bank pusat lain menaikkan kadar untuk mengekang inflasi selepas pencerobohan Rusia ke atas Ukraine pada 2022.

Walaupun inflasi juga melebihi empat peratus pada satu ketika, BOJ masih mengekalkan kadar utamanya di bawah sifar, di mana ia telah berlaku sejak 2016.

Kadar faedah negatif ertujuan untuk menggalakkan bank memberi pinjaman kepada perniagaan berbanding menyimpannya yang akan mengakibat kerugian.

Dasar itu telah melemahkan secara mendadak mata wang yen berbanding dolar, yang juga menjadi berita baik kepada pengeksport tetapi bukan untuk pengguna kerana ia menjadikan import lebih mahal.

“Untuk BoJ mengambil langkah seterusnya, yang mungkin akan menjadi kenaikan kadar, halangan adalah tinggi. Mereka perlu mempunyai tanda yang lebih jelas bahawa ekonomi bertambah baik,” kata Saito.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *