yen-notes-1-e1530542990619

Yen Mengukuh Dengan Harapan Peralihan Dasar Monetari BOJ

Yen melonjak ke paras tertinggi dalam tujuh bulan berbanding dolar AS hari ini berikutan meningkatnya jangkaan bahawa Bank of Japan (BoJ) mungkin akan mula beralih daripada dasar monetarinya yang sangat longgar.

Spekulasi bahawa BoJ akan mula mengalihkan dasar ultra longgarnya timbul apabila bank pusat itu melebarkan julat had hasil pada bon kerajaan Jepun (JGB) 10 tahun pada bulan lepas.

Kemudian, spekulasi itu dikuatkan lagi oleh laporan Nikkei pada hari Sabtu bahawa BoJ sedang mempertimbangkan untuk menaikkan unjuran inflasinya pada Januari untuk menunjukkan bahawa pertumbuhan harga telah hampir kepada sasaran 2 peratus pada fiskal 2023 dan 2024.

“Pasaran jelas ingin meyakini bahawa mengubah keluk hasil pada bon bukan hanya akan berlaku sekali sahaja,” kata Moh Siong Sim, pakar strategi mata wang di Bank of Singapore, sambil menambah bahawa pasaran sedang mencari isyarat lanjut tentang lebih banyak lagi perubahan di masa hadapan.

Bagaimanapun, Gabenor Haruhiko Kuroda telah menolak harapan untuk keluar daripada dasar monetari ultra longgar dalam masa yang terdekat.

Perhatian pelabur pada minggu ini tertumpu kepada minit mesyuarat dasar Fed pada Disember, yang akan dikeluarkan pada hari Rabu ini, dengan para pelabur mencari petunjuk tentang laluan kadar yang mungkin diambil pada 2023.

Fed telah menaikkan kadar faedah sebanyak 50 mata asas pada bulan lalu selepas mengumumkan empat kenaikan 75 mata asas berturut-turut pada 2022.

Namun, Fed masih mengekalkan nada yang hakwish dengan berkata ia mungkin perlu mengekalkan kadar faedah lebih tinggi untuk lebih lama untuk menjinakkan inflasi.

Pakar strategi Citi berkata minit itu akan mendedahkan lebih banyak perbezaan antara hawkish dan dovish mengenai berapa tinggi kadar faedah yang sepatutnya.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *