Federal Reserve telah menaikkan kadar faedahnya ke paras tertinggi dalam dua dekad tahun lalu untuk mengawal inflasi yang melonjak selepas pandemik COVID-19, dengan sasaran jangka panjang sebanyak 2 peratus.
Mary Daly, Presiden Fed San Francisco, dalam wawancara dengan Bloomberg News, berkata bahawa “sukar untuk dibayangkan” jika Fed tidak menurunkan kadar faedah pada September ini, menunjukkan bahawa ramai penggubal dasar menyokong langkah tersebut.
Walaupun inflasi masih sedikit melebihi sasaran, keadaan pasaran buruh AS yang semakin reda telah menyebabkan ramai pembuat dasar berpendapat bahawa mandat mereka untuk mengatasi inflasi dan pengangguran kini lebih seimbang, sekali gus membuka jalan untuk pemotongan kadar faedah pertama.
Daly juga menegaskan bahawa “arah perubahan adalah ke bawah, dan masa untuk menyesuaikannya adalah sekarang.”
Kenyataan Daly itu dibuat selepas Pengerusi Fed, Jerome Powell, menyatakan “masanya telah tiba” untuk mula menurunkan kadar faedah.
Jika pemotongan diteruskan, ia akan menarik perhatian pemain-pemain pasaran menjelang pilihan raya presiden November walaupun bank pusat masih menyebutkan bahawa keputusan pemotongan akan bergantung pada data ekonomi, bukan politik.
Jangkaan ‘rate cut’ Fed yang pertama semakin meningkat, namun masih tidak jelas sejauh mana kadar faedah akan diturunkan.
Daly dalam wawancara tersebut menyebutkan penyesuaian dasar adalah munasabah jika keadaan ekonomi tetap stabil, tetapi tindakan lebih agresif mungkin diperlukan jika berlaku kemerosotan.
Add a Comment