apple-india

Jualan Apple Di India Cecah AS$6 bilion- Bloomberg News

Jualan Apple Inc di India meningkat hampir 50 peratus pada tahun ini hingga Mac, lapor Bloomberg News pada hari Isnin.

Memetik laporan Bloomberg, hasil Apple di India hampir mencecah AS$6 bilion, naik AS$2 bilion berbanding $4.1 bilion pada tahun sehingga Mac 2022.

Apple telah meningkatkan pengeluaran iPhonenya dengan ketara di India, menyumbang hampir 7 peratus daripada jumlah pengeluaran keseluruhan model tersebut.

Bloomberg juga melaporkan bahawa Apple telah memasang peranti iPhonenya di India dengan nilai lebih daripada $7 bilion pada tahun fiskal lalu.

Pertumbuhan jualan baharu itu muncul apabila Apple merancakkan lagi jualan runcitnya di India dengan pembinaan dua kedai di Mumbai dan New Delhi tahun ini.

Sementara itu, keuntungan Apple pada suku lepas tidak menepati jangkaan Wall Street buat kali pertama sejak 2016, didorong oleh kemerosotan jualan iPhone jatuh buat kali pertama sejak 2020.

Gergasi eloktronik itu kemudiannya berkata bahawa syarikat menjangkakan hasil masih akan menurun pada suku kedua.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *