trump finger

Tarif Trump Berisiko Lumpuhkan Syarikat Automotif, Elektronik di Mexico

Presiden AS terpilih, Donald Trump, mengumumkan racangan untuk mengenakan tarif 25% terhadap Kanada dan Mexico, serta tarif tambahan 10% ke atas China, sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengurangkan defisit perdagangan dan menggalakkan pengeluaran domestik.

Tarif ini dijangka memberi impak besar kepada syarikat-syarikat yang mengeluarkan produk mereka di Mexico, terutamanya dalam industri automotif dan elektronik.

Industri automotif, termasuk syarikat seperti Honda, Toyota, Nissan, dan Mazda, sangat bergantung pada pengeluaran di Mexico untuk memenuhi permintaan pasaran AS.

Sebagai contoh, Honda menghantar 80% pengeluarannya dari Mexico ke AS, sementara Toyota menghasilkan model Tacoma di Mexico. Sektor elektronik juga dijangka terjejas, terutamanya syarikat-syarikat seperti Foxconn dan Lenovo yang mempunyai kilang pengeluaran di Mexico.

Rancangan tarif ini bertujuan mendesak Kanada, Mexico, dan China untuk memperketat kawalan sempadan serta mengatasi masalah pengedaran dadah, namun ia berisiko melanggar perjanjian perdagangan bebas USMCA.

Ahli ekonomi meramalkan tarif ini berisiko menaikkan kos barangan di AS, mendorong inflasi, dan merubah rantaian bekalan global. Kesan jangka panjang masih tidak pasti, namun ia dilihat berpotensi mencetuskan ketegangan perdagangan global dan mengganggu kestabilan ekonomi.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *