fb-meta

Krisis Kripto, Meta Akan Hentikan Sokongan Ke Atas NFT

Meta Platforms Inc menamatkan sokongan untuk koleksi digital atau Non-Fungible token (NFT) pada platformnya kurang daripada setahun selepas melancarkannya.

“Kami sedang menghentikan koleksi digital (NFT) buat masa ini untuk memberi tumpuan kepada kaedah lain untuk menyokong pencipta kandungan, orang ramai dan perniagaan,” kata ketua fintech firma media sosial itu, Stephane Kasriel dalam ciapan Twitter.

Meta telah melancarkan sokongan untuk pencipta erkongsi NFT di Instagram dan Facebook pada tahun lalu, ketika aset spekulatif kripto meraih populariti, dengan penjualan kartun monyet kepada klip video mencecah berbilion dolar.

Bagaimanapun bitcoin dan token-token kripto yang lain mengalami kemerosotan pada akhir 2022, terutamanya selepas kebankrapan secara tiba-tiab pusat pertukaran kripto utama FTX.

Kejatuhan itu diburukkan lagi oleh penutupan tiga bank AS pada minggu lepas yang mana dua daripadanya tertumpu kepada pasaran kripto.

“Kami akan terus melabur dalam alatan-alatan fintech yang diperlukan oleh orang ramai dan perniagaan untuk masa hadapan.

“Kami memperkemas pembayaran dengan Meta Pay, memudahkan pembayaran dan pembayaran serta melabur dalam pembayaran pemesejan merentas Meta,” kata Kasriel.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *