Bunyi Letupan Dedahkan Perlombongan Bitcoin Haram di Puncak Alam

Lee Trader
1 Min Read

Bandar Puncak Alam pada 12 Februari lalu dikejutkan dengan letupan kuat dari sebuah rumah di Lorong Cekara Purnama sekitar tengah malam. Bunyi letupan tersebut disusuli kepulan asap tebal yang menyelubungi kawasan kejiranan, menyebabkan penduduk sekitar panik dan segera menghubungi pihak bomba.

Jiran-jiran yang terkejut dengan insiden itu mendakwa bunyi tersebut seperti ledakan bom kecil. Pihak bomba yang tiba di lokasi berjaya memadamkan kebakaran sebelum ia merebak ke rumah lain. Namun, siasatan lanjut mendedahkan sesuatu yang lebih mengejutkan iaitu rumah itu dijadikan pusat perlombongan Bitcoin haram.

Siasatan awal menunjukkan kebakaran tersebut berpunca daripada litar pintas akibat pendawaian elektrik yang diubah suai secara tidak sah untuk menyokong operasi sembilan mesin perlombongan Bitcoin yang ditemui di lokasi kejadian.

Pengubahsuaian tanpa mengikut piawaian keselamatan meningkatkan risiko letupan dan kebakaran, yang akhirnya membawa kepada insiden ini.

Rumah terbabit mengalami kerosakan teruk, namun tiada kecederaan dilaporkan dalam insiden tersebut. Pihak berkuasa kini sedang menjalankan siasatan lanjut terhadap kemungkinan wujudnya kegiatan perlombongan haram di kawasan tersebut.

Penduduk juga diingatkan agar segera melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan seperti bunyi mesin berterusan atau penggunaan elektrik luar biasa.

- Advertisement -
Ad image
What’s your Reaction?
1
2
0
0
0
0
0
TAGGED:
Share This Article
Leave a Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *