Pemilik Rubik’s Cube hilang ‘trademark’ selepas dibatalkan oleh mahkamah

Rio Boestamam
2 Min Read

Pemilik Rubik’s Cube, Spin Master Toys UK, hari ini tewas dalam perbicaraan menentang pesaing dari Greece. Ini adalah selepas mahkamah kedua tertinggi di Eropah membatalkan ‘trademark’ berkaitan bentuk ikonik permainan teka-teki itu.

Teka-teki kiub berwarna-warni yang dicipta oleh profesor Hungary, Erno Rubik, pada tahun 1974 ini kekal popular di seluruh dunia, merentasi generasi, dengan ratusan juta unit telah terjual. Jenama Rubik’s Cube telah diambil alih oleh syarikat hiburan kanak-kanak dari Kanada, Spin Master, pada tahun 2021.

Spin Master membawa kes ini ke Mahkamah Am yang berpusat di Luxembourg selepas syarikat Verdes Innovations SA dari Greece memohon kepada Pejabat Harta Intelek Kesatuan Eropah (EUIPO) pada tahun 2013 untuk membatalkan beberapa ‘trademark’ yang didaftarkan oleh pemilik asal Spin Master antara tahun 2008 hingga 2012.

Rubik’s Cube dicipta oleh profesor Hungary, Erno Rubik, pada tahun 1974.

EUIPO memihak kepada Verdes dengan alasan bahawa ‘trademark’ Rubik’s Cube didaftarkan secara bertentangan dengan undang-undang EU. Syarikat Verdes menghasilkan kiub teka-teki di bawah jenama V-CUBE.

Mahkamah Am di Luxembourg turut menyokong keputusan EUIPO.

“Mahkamah Am mengesahkan pembatalan ‘trademark’ yang terdiri daripada bentuk ‘kiub Rubik’,” kata panel hakim.

“Oleh kerana ciri utama bentuk tersebut diperlukan untuk mencapai hasil teknikal, ia tidak sepatutnya didaftarkan sebagai cap dagang EU,” tambah mereka.

Share This Article
Leave a Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *