airasia-1

AirAsia X Terus Catat Kerugian, Namun Dengan Angka Yang Lebih Rendah

AirAsia X Bhd (AAX) masih dalam keadaan rugi apabila mencatat kerugian RM11.94 juta pada suku kedua yang berakhir pada 31 Disember.

Bagaimanapun angka kerugian tersebut lebih rendah berbanding kerugian RM149.14 juta yang direkodkan pada suku sebelumnya.

Hal ini didorong oleh kos operasi yang lebih rendah dan menurut pemfailan kepada bursa Malaysia, kerugian sesaham mengecil kepada 0.3 sen daripada 3.6 sen.

Tiada dividen diumumkan, diluluskan atau dibayar oleh AAX pada suku tahun yang ditinjau.

Di samping tiada maklumat kewangan perbandingan yang tersedia untuk tempoh tahun yang sama berikutan tahun kewangan kumpulan telah berubah dari 31 Disember kepada 30 Jun 2021.

Dalam tempoh tiga bulan sehingga Disember 2021, AAX telah memperoleh pendapatan sebanyak RM119.4 juta melalui operasi kargo dan pajakan, naik sebanyak RM48.5 juta atau 68 peratus berbanding suku sebelumnya.

AAX berkata bagi tempoh enam bulan sehingga 31 Disember 2021, kerugian bersih terkumpul dan hasil masing-masing berjumlah RM161.08 juta dan RM218.58 juta

Syarikat penerbangan tambah murah itu turut menyebutkan bahawa selepas selesai skema pembinaan semula, mereka akan melaksanakan pengumpulan dana yang dirancang untuk mengumpul modal baharu.

Mereka juga menambah bahawa peningkatan operasi kargo dan piagamnya akan memastikan syarikat mempunyai kecairan yang cukup untuk memenuhi kewajipan kewangannya.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *