amazon-1

Amazon Alami Kerugian Pertama Sejak 2015, Beri Amaran Tentang Cabaran Pada Bulan Mendatang

Amazon semalam mencatatkan kerugian suku pertamanya sejak 2015, diseret oleh pelaburannya dalam pembuatan trak elektrik Rivian sambil memberi amaran tentang cabaran berterusan pada bulan-bulan mendatang.

Gergasi e-dagang itu berkata ia mengalami kerugian AS$3.8 bilion dalam tiga bulan pertama tahun ini, menjunam ke tahap merah berikutan kerugian AS$7.6 bilion dalam nilai sahamnya di Rivian.

Saham Amazon juga jatuh lebih lapan peratus dalam dagangan selepas waktu kerja susulan pengumuman pendapatan itu.

Jualan di dalam talian masih sejajar dengan jangkaan penganlisis, namun ketua eksekutif Andy Jassy memperingatkan tentang cabaran dalam beberapa bulan mendatang.

“Pandemik dan perang berterusan di Ukraine telah membawa pertumbuhan dan cabaran yang luar biasa,” kata Jassy.

Selain itu, Amazon turut menghadapi tekanan daripada inflasi dan peningkatan kos buruh.

Unit pengkomputeran awan AWS gergasi teknologi itu, yang belum lagi menjadi sumber pendapatan utama bagi syarikat hanya berkembang pada kadar yang lebih rendah kepada AS$116.4 juta daripada AS$108.5 juta dalam suku pertama tahun lalu.

“Ini adalah suku yang sukar untuk Amazon dengan trend merentas setiap bidang utama perniagaan menuju ke arah yang salah dan unjuran yang lemah” untuk suku kedua, kata penganalisis utama Insider Intelligence Andrew Lipsman.

Amazon perlu mencari cara untuk meningkatan semula pertumbuhan dalam perniagaan perdagangannya pada suku akan datang,” tambahnya.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *