Visa-Amazon

Amazon Pertimbang Semula Larangan Pembayaran Kad Visa Di UK

Amazon dalam satu kenyataan berkata mereka sedang mempertimbangkan semula keputusan untuk menyekat pembayaran kad kredit Visa di UK.

Keputusan ini dibuat berikutan mereka dilaporkan sedang berbincang dengan Visa untuk menyelesaikan isu mengenai yuran pembayaran.

“Perubahan mengenai penggunaan kad kredit Visa yang dijangkakan ke atas Amazon.co.uk tidak akan dilaksanakan pada 19 Januari,” jelas Amazon menerusi email kepada pelanggannya.

“Kami sedang bekerja secara erat dengan Visa mengenai potensi penyelesaian yang dapat membenarkan para pelanggan kembali menggunakan kad kredit Visanya di Amazon.co.uk.”, tambah gergasi e-dagang itu.

Pada November lalu, Amazon berkata mereka akan menyekat penggunaan kad kredit Visa berikutan yuran transaksi yang tinggi yang dikenakan oleh pemproses pembayaran.

Hal ini kerana had yang dikuatkuasakan oleh EU ke atas yuran yang dikenakan oleh pengeluar kad tidak lagi dilaksanakan di UK susulan Brexit.

Namun, para pelanggan masih boleh menggunakan kad kredit Mastercard, Amex, Eurocard dan kad debit Visa.

Jurucakap Visa mengesahkan bahawa kedua-dua syarikat sedang bekerja erat dalam mencapai perjanjian.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *