amd-logo

AMD Berdepan Sekatan AS Untuk Menjual Cip AI Ke China – Bloomberg News

Advanced Micro Devices (AMD) berdepan sekatan kerajaan AS dalam usahanya menjual cip kecerdasan buatan yang disesuaikan untuk pasaran China berikutan sebahagian daripada tindakan keras Washington terhadap eksport teknologi termaju ke negara itu, lapor Bloomberg News semalam.

AMD cuba mendapatkan kebenaran daripada Jabatan Perdagangan AS untuk menjual pemproses AI ke China.

Cip itu mempunyai prestasi yang lebih rendah berbanding produk yang dijual AMD di luar China, dan direka untuk memenuhi sekatan eksport AS, tambah laporan itu./

Pegawai AS berkata cip pemproses itu bagaimanapun masih terlalu berkuasa dan syarikat itu mesti mendapatkan lesen daripada Biro Industri dan Keselamatan Perdagangan untuk menjualnya di China.

Pada bulan Oktober, AS merancang untuk menghentikan penghantaran cip kecerdasan buatan yang lebih canggih ke China yang direka oleh Nvidia dan lain-lain.

Keputusan itu dilihat sebagai sebahagian daripada langkah untuk menghalang Beijing daripada menerima teknologi AS yang canggih dengan dakwaan akan mengukuhkan tentera mereka.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *