Tinjauan Teknikal:
Nilai dolar AS (USD) kini melemah dan mencatat paras terendah dalam tempoh dua minggu berbanding dolar Kanada (CAD), didorong oleh kebimbangan terhadap kedudukan fiskal AS yang semakin memburuk.
Dalam carta 4 jam (4H) pasangan USD/CAD, dilihat wujud rintangan kecil di paras 1.3900 dan sokongan di 1.3850, yang telahpun ditembusi. Selepas penembusan ini, harga kini berada dalam fasa pengumpulan pasca-penembusan, yang lazimnya menunjukkan tindakan institusi kewangan menyusun pesanan sebelum pergerakan besar seterusnya.
Ketika ini, pasaran menunjukkan tanda-tanda mencari liquidity, di mana pedagang yang masuk awal ketika penembusan cenderung untuk ‘terkeluar’ akibat turun naik harga. Dua zon utama telah dikenal pasti:
1️⃣ Liquidy pool pertama terletak sedikit di atas paras sokongan yang telah ditembusi
2️⃣ Liquidy pool kedua berada di atas paras rintangan utama 1.3900
Jika harga melepasi zon kedua, ini boleh menjadi kawasan strategik untuk pelabur menilai semula posisi berdasarkan nisbah risiko-ganjaran yang lebih baik.
Zon Penting :
Terletak sekitar paras 1.38830, sedikit di bawah rintangan utama dan hampir dengan zon pencarian liquidity. Zon ini menjadi penting jika harga menyapu liquidity di atas paras 1.3900 dan menunjukkan isyarat penolakan atau kelemahan momentum.
Cadangan Stop Loss :
Pedagang institusi dijangka menetapkan paras stop loss sekitar 1.39180, yang berada di luar zon pencarian liquidity dan dianggap sebagai had tertinggi kawasan risiko.
Cadangan Take Profit :
Zon sasaran munasabah terletak sekitar 1.38180, iaitu paras sokongan kecil di mana minat belian terakhir muncul sebelum penembusan berlaku.
Nota: Dagangan CFD adalah berisiko tinggi. Sila berdagang dengan berhemah.