dolar-euro-5

AS, EU Tingkatkan Usaha Tangani Isu Cip Mikro & Maklumat Tidak Benar Rusia

Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah hari ini mengumumkan usaha bersama untuk meningkatkan pembuatan cip mikro dan menangani maklumat tidka benar Rusia sekitar perang di Ukraine.

Kedua-dua pihak telah bertemu di luar Paris sebagai anggota Majlis Perdagangan dan Teknologi, forum yang diwujudkan pada tahun lalu yang mana sebahagiannya bertujuan untuk menentang kedudukan China yang semakin berkuasa dalam sektor teknologi.

Namun begitu, pada pertemuan kali ini, AS dan EU lebih menumpukan usaha mereka terhadap kesukaran yang ditimbulkan oleh pencerobohan Rusia ke atas Ukraine, terutamanya dengan maklumat yang salah.

Dalam kenyataan terakhirnya, majlis itu menuduh Rusia melakukan “serangan habis-habisan terhadap kebenaran” di Ukraine dan menjanjikan “rangka kerja tindak balas awal” untuk menangani maklumat yang salah pada krisis di masa hadapan.

Majlis juga menjanjikan tindakan ke atas maklumat palsu Rusia dalam usaha mereka menolak dakwaan bahawa kekurangan bekalan makanan dunia ketika ini disebabkan oleh perangnya di Ukraine.

“Kami melihat kerosakan daripada pencerobohan Rusia telah merebak ke seluruh dunia,” kata Margrethe Vestager, Suruhanjaya Persaingan Eropah.

Majlis itu berkata usaha mereka telah memainkan peranan penting dalam mengehadkan eksport teknologi canggih dalam aeroangkasa dan pengawasan siber untuk menjejaskan usaha perang Rusia.

Selain itu, fokus utama forum adalah mengenai pembuatan cip dan pembekalan bahan penting bagi industri teknologi itu.

“Syarikat dari EU dan AS tidak mempunyai kedudukan penting dalam rantaian bekalan,” jelas Majlis dalam kenyataan akhir mengenai magnet unik bumi, yang menjadi bahan penting untuk produk teknologi termasuk kenderaan elektrik.

“Hampir semua peringkat pengeluaran tertumpu di China,” tegas mereka sambil berjanji akan memberikan industri cip subsidi semaksimum yang mungkin.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *