oil-barrel

AS, Sekutu Perlu Mengehadkan Pendapatan Minyak Rusia – Timb. Perbendaharaan AS

Keuntungan minyak Rusia berkemungkinan meningkat walaupun terdapat penurunan dalam eksport minyak mentahnya.

Mengulas tentang situasi tersebut, Timbalan Perbendaharaan AS Wally Adeyemo berkata AS dan sekutunya perlu mencari jalan untuk mengurangkan pendapatan minyak Rusia dengan mengehadkan kenaikan harganya.

Adeyemo ketika memberi keterangan kepada jawatankuasa kecil Peruntukan Senat AS menyebutkan bahawa harga minyak yang lebih tinggi telah mengimbangi jumlah pengeluaran dan eksport yang lebih rendah sejak Rusia menyerang Ukraine pada akhir Februari.

AS sedang berbincang dengan sekutu Eropah dan Asia tentang kaedah yang boleh dilaksanakan untuk mengehadkan harga yang dibayar ke atas minyak mentah Rusia.

Hal itu bertujuan mengurangkan manfaat yang diperoleh Rusia daripada harga kasar yang lebih tinggi, kata Adeyemo.

Bagaimanapun, beliau enggan memberikan butiran mengenai status perbincangan tersebut, dengan mengatakan bahawa maklumat itu dikhaskan untuk taklimat kepada senator.

AS telah mengharamkan import tenaga Rusia namun Kesatuan Eropah yang begitu bergantung kepada Rusia masih dalam usaha memboikotnya bermula pada akhir tahun 2022.

Ditanya mengapa Washington tidak mengenakan embargo perdagangan sepenuhnya di Rusia, Adeyemo berkata langkah sedemikian hanya memberi “kesan kecil terhadap ekonomi Rusia” memandangkan jumlah perdagangan yang terhad antara kedua-dua negara.

Adeyemo tidak menjelaskan mengenai langkah yang lebih luas ke arah sekatan sekunder ke atas negara-negara dan syarikat-syarikat yang terus menjalankan perniagaan dengan Rusia.

Namun, beliau menyebutkan terdapat beberapa tindakan yang diambil terhadap firma persendirian.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *