crypto-token-2

Australia Rancang Untuk Kawal Selia Pertukaran Kripto Dalam Negara

Australia merancang untuk melindungi orang ramai daripada keruntuhan mata wang kripto dengan memaksa platform pertukaran mendapatkan lesen perkhidmatan kewangan, kata kerajaan hari ini.

Sebarang pertukaran kripto atau platform aset digital dengan lebih daripada $5 juta AUD atau AS$3.2 juta dalam aset agregat perlu mematuhi pertauran itu, kata Perbendaharaan dalam kertas cadangan.

Kira-kira satu daripada empat warga Australia memiliki beberapa mata wang kripto, tegasnya.

Mata wang kripto seperti Bitcoin bergantung pada “decentralised cryptography” untuk menjamin transaksi dan bukannya sistem perbankan tradisional.

“Keruntuhan platform aset digital, di peringkat tempatan dan global, telah menyaksikan rakyat Australia kehilangan aset mereka atau terpaksa menunggu giliran mereka di kalangan pemiutang yang panjang,” kata Perbendaharaan.

“Pembaharuan ini bertujuan untuk mengurangkan risiko keruntuhan ini berlaku, dengan menaikkan standard operasi mereka dan meningkatkan pengawasan,” ujarnya.

Kerajaan mengalu-alukan maklum balas mengenai cadangannya pada 1 Disember, dengan perundingan lanjut akan dibuat pada 2024 mengenai cadangan perundangan.

Jika mereka dikehendaki mendapatkan lesen, platform aset digital itu akan dikawal oleh undang-undang perkhidmatan kewangan Australia.

Undang-undang tersebut merangkumi keperluan minimum kemampuan membayar dan rizab tunai serta keperluan untuk cekap, jujur dan adil, menyimpan rekod dan mengurus konflik kepentingan.

Platform juga akan tertakluk kepada piawaian khusus yang mengawal pegangan dan transaksi mereka dalam mata wang kripto.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *