fed-building1

Bank-bank Pusat Tidak Terburu-buru Dalam Menurunkan Kadar Faedah

Pelabur sebelum ini meletakkan harapan yang tinggi untuk melihat bank-bank pusat dapat memberikan isyarat bahawa mereka hampir selesai menaikkan kadar faedah dalam usaha menentang kenaikan inflasi.

Namun sebaliknya berlaku apabila para penggubal dasar menyatakan bahawa kadar yang tinggi mungkin kekal untuk satu tempoh dengan lebih banyak kenaikan dan jika ada, pemotongan kecil dalam masa terdekat.

Federal Reserve telah menetapkan nada pada Rabu yang lalu apabila ia menghentikan kempen kenaikan kadar faedah.

Bagaimanapun, mereka telah mencetuskan keraguan dengan membiarkan pintu ‘rate hike’ terus terbuka sebelum akhir tahun ini.

Fed juga membingungkan pelabur dengan mengatakan bahawa hanya dua pemotongan dijangka tahun depan dan bukannya empat seperti yang dijangkakan.

Para penganalisis melihat Fed mempunyai lebih banyak ruang untuk mengekalkan pendirian “hawkish” kerana ekonomi AS telah menunjukkan prestasi yang lebih baik daripada yang dibimbangi walaupun kadarnya meningkat.

Namun begitu, kemunculan nada tegas Fed ini “mengejutkan pasaran, kata ahli ekonomi HSBC Fabio Balboni selepas bank pusat membiarkan pintu terbuka untuk kenaikan lagi.

Ia menyebabkan “ketidakpastian kepada tahap inflasi tahun depan”, katanya.

Keputusan mereka “mencerminkan kompromi antara pertumbuhan dan inflasi”, tambah Balboni.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *