smart-glove-malaysia

AS Tarik Balik Larangan Import Ke Atas Smart Glove Malaysia

Amerika Syarikat menarik balik larangan import selama 17 bulan ke atas produk daripada pembuat sarung tangan getah Malaysia Smart Glove, dengan berkata syarikat itu telah menangani isu buruh paksa.

Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) AS pada November 2021 menyekat import daripada Smart Glove dan kumpulan syarikatnya atas dakwaan penggunaan buruh paksa di kilang pengeluarannya.

Smart Glove, yang membuat sarung tangan digunakan dalam industri perubatan dan makanan, kemudian berkata bahawa syarikat menenantang amalan buruh paksa dan komited terhadap kesejahteraan pekerjanya.

Dalam satu kenyataan semalam, CBP berkata Smart Glove telah mengambil pelbagai langkah pemulihan, termasuk membayar balik yuran pengambilan yang ditanggung oleh pekerja asing.

Smart Glove juga menambah baik keadaan hidup pekerja, dan melaksanakan dasar dan prosedur berpusatkan pekerja baharu, kata CBP.

Syarikat-syarikat Malaysia, termasuk beberapa pembekal utama minyak sawit dan sarung tangan perubatan dunia, telah mendapat perhatian yang lebih tinggi berhubung penderaan yang disyaki terhadap pekerja asing, sebahagian besar tenaga kerja pembuatan negara.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *