Bank digital British, Monzo telah memperoleh pusingan pendanaan baharu sekitar £340 juta, meningkatkan penilaiannya kepada £4 bilion atau AS$5 bilion.
Pusingan pendanaan itu diketuai oleh Capital G milik Alphabet, dengan sokongan daripada Google Ventures, HongShan Capital, serta penyokong sedia ada termasuk Passion Capital dan Tencent.
Kali terakhir Monzo mengumpul wang adalah pada penghujung 2021, memperoleh sekitar AS$500 juta pada penilaian AS$4.5 bilion.
Berita mengenai perjanjian itu muncul ketika Monzo melaporkan pembukaan lebih daripada sembilan juta pelanggan akaun peribadi, menjadikannya bank runcit ke-7 terbesar di UK mengikut jumlah pelanggan.
Selepas pasca-pandemik yang lalu, pemberi pinjaman kembali bangkit, melancarkan satu siri perkhidmatan baharu untuk pencen dan pelaburan serta bersedia untuk berpindah ke segmen insurans.
Setelah bertahun-tahun menghadapip kerugian, Monzo akhirnya menjangkakan akan memperoleh keuntungan pada tahun ini.
TS Anil, Ketua Pegawai Eksekutif Monzo berkata: “Kami telah membina momentum yang luar biasa dalam perniagaan sejak beberapa tahun lalu.”
“Dengan sokongan daripada pelabur global, kami mempunyai bahan api roket untuk mengejar cita-cita kami dengan lebih keras dan pantas, membina Monzo menjadi satu aplikasi yang berada di tengah-tengah kehidupan kewangan pelanggan kami,” ujarnya.
Dana tersebut akan digunakan untuk membina pelan hala tuju produk dan untuk dorongan baharu ke pasaran AS, berikutan pelantikan tahun lepas bekas ketua produk global Cash App, Conor Walsh sebagai Ketua Pegawai Eksekutif AS.