Strava memfailkan saman terhadap Garmin

Rio Boestamam
2 Min Read

Aplikasi kecergasan Strava dan pengeluar jam tangan sukan Garmin, yang selama ini sering bekerjasama, kini berdepan sebagai pesaing dalam satu tuntutan mahkamah di Amerika Syarikat. Strava memfailkan saman terhadap Garmin dengan mendakwa syarikat itu meniru idea yang telah dipatenkan oleh Strava serta melanggar perjanjian kerjasama jangka panjang antara kedua-dua pihak.

Strava menuduh Garmin melanggar dua paten miliknya. Satu berkaitan dengan ciri “segments”, dan satu lagi berkaitan “heat maps” (peta haba). Ciri “segments” membolehkan pengguna membandingkan masa mereka dengan pengguna lain pada bahagian tertentu laluan.

Sebagai contoh, seorang pelari boleh melihat masa mereka untuk segmen 1 kilometer dan membandingkannya dengan pelari lain yang menempuh laluan yang sama.

Ciri heat map yang disediakan dalam aplikasi Strava.

Menurut saman yang difailkan di Mahkamah Daerah Colorado, Garmin pernah berunding dengan Strava untuk membangunkan integrasi rasmi ciri Segments ke dalam peranti Garmin. Ini membawa kepada termeterainya Perjanjian Kerjasama Induk (Master Cooperation Agreement – MCA) pada tahun 2015.

Perjanjian tersebut melarang Garmin daripada menyalin, menyesuaikan, mengedar atau meniru fungsi Strava tanpa kebenaran bertulis. Namun, Strava mendakwa Garmin melanggar perjanjian itu dengan memperluaskan ciri “Garmin Segments”, yang dikatakan menyerupai dan melanggar paten Strava.

Selain itu, Garmin juga didakwa meniru fungsi peta haba (heat map) Strava, yang menggunakan warna untuk menunjukkan tahap populariti sesuatu laluan berdasarkan jenis sukan, masa dalam sehari dan musim. Strava mendakwa Garmin menyalin ciri ini dalam peta haba mereka sendiri, sekali gus melanggar paten Strava serta perjanjian MCA.

Share This Article
Leave a Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *