People queue outside a branch of Russian state-owned bank Sberbank to withdraw their savings and close their accounts in Prague on February 25, 2022, before Sberbank will close all its branches in the Czech Republic later in the day. - US President Biden was the first to announce sanctions, hours after Russian President Putin declared a "military operation" into Ukraine. The first tranche will hit four Russian banks -- including the country's two largest, Sberbank and VTB Bank -- cut off more than half of Russia's technology imports, and target several of the country's oligarchs. (Photo by Michal Cizek / AFP)

Bank Pusat Rusia Teruskan Pembelian Emas Di Pasaran Domestik Selepas Disekat Negara Barat

Bank Pusat Rusia semalam mengumumkan beberapa langkah untuk menyokong pasaran domestik dalam usaha menguruskan kejatuhan akibat sekatan keras daripada Barat pada hujung minggu lalu.

Mereka berkata akan meneruskan pembelian emas di pasaran domestik, melancarkan lelongan belian semula tanpa had dan mengurangkan sekatan ke atas kedudukan mata wang asing terbuka setiap bank.

Rusia juga turut meningkatkan bentuk sekuriti yang boleh digunakan sebagai cagaran bagi mendapatkan pinjaman, di samping mengarahkan pemain pasaran untuk menolak tawaran pelanggan asing untuk menjual sekuriti Rusia.

Tindakan itu muncul selepas negara-negara Barat meningkatkan sekatan pada hari Sabtu lalu, termasuk menyekat bank tertentu daripada sistem pembayaran antarabangsa SWIFT dan menyasarkan bank pusat Rusia.

Keputusan untuk menyekat penggunaan SWIFT itu adalah bertujuan menghalang Rusia daripada menggunakan rizab antarabangsanya untuk melemahkan tekanan ke atas mereka.

Satu pakej sekatan baharu berkemungkinan akan memberi tamparan yang hebat kepada ekonomi Rusia dan menyukarkan bank serta syarikat di sana untuk mengakses sistem kewangan antarabangsa.

Mata wang Rusia, Ruble menjunam hampir 30 peratus ke paras terendah sepanjang masa berbanding dolar hari ini.

Warga Rusia juga telah menunggu dalam satu barisan yang panjang di luar mesin ATM susulan kebimbangan sekatan baharu Barat ke atas mereka akan mencetuskan kekurangan wang tunai dan menganggu pembayaran.

Bank Pusat Eropah (ECB) berkata beberapa anak syarikat Sberbank Russia di Eropah yang majoritinya dimiliki oleh kerajaan Rusia, dijangka gagal disebabkan kos reputasi akibat daripada perang di Ukraine.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *